Rabu, 17 Jun 2015

AL-FATIHAH

Semalam 15.6.2015 jam 3.00 petang saya di khabarkan sepupu sebelah en.suami meninggal dunia setelah beberapa hari koma di hospital usm kubang kerian setelah terlibat dalam kemalangan ngeri.

Hari ini 16.6 2015 lebih kurang pukul 9.00 lebih malam ( lepas isyak ) saya di khabarkan lagi dengan berita pilu kepulangan emak kakak ipar ke rahmatullah setelah beberapa hari dimasukkan ke dalam hospital kota bharu.

Puasa yang hanya mengira detik untuk menemui kita ( umat islam ) terasa sedikit hambar dengan kehilangan insan2 yang tersayang.

Apa-apapun saya doakan mereka yang telah menemui penciptaNYA semoga lebih bahagia dan damai di sana.

Hanya sedekah al-fatihah dan bacaan yaasin yang dapat saya hadiahkan.in sha allah, semoga tenang di alam sana.

Menangisi yang pergi tiada guna kerana boleh menyeksa jiwa si mati di alam sana.

Al-fatihah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...