Sabtu, 9 Mei 2015

SELAMAT HARI IBU


Janganlah kamu memaksa isteri kamu bercantik-cantik di rumah selagi mana ketika dia di dapur berhempas pulas menumbuk sambal, blender bawang, menyiang ikan,mencincang daging.. sedangkan kamu duduk di depan tv menonton televisyen. Dia tidur lewat sebab tidurkan anakmu, bangun seawal pagi untuk membuat susu, setiap hari begitu sehingga wajahnya lesu dan bawah matanya hitam lebam membiru. Kamu hanya sekadar mengatakan isterimu tidak pandai menjaga wajah dan menghilangkan selera kamu. Dia menahan bebanan 9 bulan dalam perut, meronta kesakitan untuk melahirkan anakmu, punggung melebar, perut berparut. Kamu hanya tahu menyuruhnya menjaga badan semula sedangkan kamu yang tidak pernah mengandung pun perut boroi macam baru lepas telan seekor lembu. Sama-samalah membantu dalam urusan keluarga. Biar dia boleh cantik untukmu. Andai dulu dia dipandang cantik sebagai anak dara, kini apalah salahnya kamu pandang dia cantik selayaknya seorang ibu. Yang menjadikan mereka cantik adalah pandangan matamu. Kadang-kadang mereka sudah cantik tetapi kamu yang tidak mahu memandangnya begitu.

Hargailah isteri kamu

Selamat hari ibu
Mei 2015



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...