Khamis, 7 Mei 2015

CORNFLAKES MADU


Sebut saja CORNFLAKES MADU pastinya kita akan membayangkan hari raya.
CORNFLAKES MADU antara biskut yang paling popular.
Bukan hanya sedap,ranggup,mengliurkan tetapi sangat senang dan mudah untuk di buat.

Disini saya sertakan resepi CORNFLAKES MADU untuk anda semua yang ingin mencuba untuk membuatnya.

RESEPI CORNFLAKES MADU 
BAHAN-BAHAN :-
- 5 cawan cornflakes
- buah kismis (xnak masukkan pun x apa)
- 1/2 ketul buttercup
- 1/2 cawan gula perang
- 1 1/2 cawan madu
- ceri @ taburan manik, untuk hiasan
-paper cup secukupnya

CARA-CARANYA :-
1 - Cairkan mantega di dalam kuali atas api kecil kemudian masukkan madu dan gula perang, kacau sebati.
2 - Masukkan cornflakes dan kismis kedalam campuran butter.gaul sebati.
3 - Sudukan ke dalam paper cup.
4 -Hiaskan ceri @ taburan manik untuk lebih menarik.
5 - Bakar selama 10-15 minit dalam suhu 150 darjah celcius

TIPS UNTUK ANDA:-
**CORNFLAKES INI MESTI DI BAKAR UNTUK MEMASTIKANNYA RANGGUP DAN MELEKAT.
** SEKIRANYA CORNFLAKES ANDA HANGUS, SILA KURANGKAN MASA MEMBAKAR.

SELAMAT MENCUBA.
ANDA PASTI GEMBIRA DENGAN HASILNYA...

I LIKE CORNFLAKES MADU....

1 ulasan:

Ct Noraishah berkata...

Suka makan...
sedap sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...