Rabu, 20 Mei 2015

APAM PAKADOT GEBU

Boring seharian di rumah tanpa buat apa2 kan..Nak kerja,en.suami xbagi..tambah2 plak sekarang ni berbadan dua..
Setelah siap masak tengahari,tetiba terlintas di kepala ni nak buat APAM PAKADOT..Dulu pernah buat,alhamdulillah menjadi.
Intai punya intai..semua bahan ada kecuali acuan @ bekas utk letak paper cup masa nk kukus xda..barangkali hanyut dek air banjir tempoh hari kot..xpela..guna bekas utk buat agar2 jelah.harap2nya ok ler..in sha allah...



Inilah hasilnya...apam pakadot gebu yang mengembang leper kerana acuan telah menjadi kembang dan leper setelah terkena wap panas air kukusan..

Acuan @ bekas letak paper cup yang dah mengembang dek bahana wap panas kukusan...


Apa2 pun apam pakadot ni memang gebu dan sedap..xterlalu manis sebab dah kurangkan timbangan gula..

Ni resepi apam pakadot gebu..siapa yang terasa nak buat,boleh lah cuba..
Resepi sangat ringkas dan sangat2 senang.

RESEPI APAM PAKADOT

Bahan2:-
• 3 biji telur
• 2 1/2 cawan tepung gandum
• 1 sudu serbuk penaik
• 150ml susu segar
• 2 cawan gula halus
• 1 sudu kecil ovelate
• 1 sudu esen vanilla
• jem (nenas @ apa2 ikut citarasa)
• pewarna 
• mangkuk kertas

Cara2nya:-
• pukul telur + gula hingga kembang
• masukkan ovelate , pukul lagi 
• masukkan tepung + serbuk penaik + esen vanilla dan susu segar...pukul hgga kembang selama 6-8minit
• bahagi adunan kpd beberapa bahagian dan titiskan pewarna
• masukkan setiap warna dalam piping bag & picitkan adunan dlm mangkuk kertas (separuh shj)
• letakkan sedikit jem.picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh
• kemudian dot2 kan dengan warna pilihan
• kukus selama 10-15 minit dgn api sederhana.

PESANAN:-
i - letakkan papercup dalam acuan supaya tidak lembik
ii - guna api sederhana utk mengelakkan apam ini jadi merekah @ mekar
iii - balut tudung kukusan supaya air wap tidak menitis jatuh ke atas apam

Itulah sahaja mengenai apam pakadot
Siapa2 yang teringin nk buat,silalah ya.yang pasti ini adalah resepi yang sangat mudah dan senang untuk buat..
Hasilnya memang tip top...puas hati dan horey...sangat2 teruja bila tengok hasilnya..



1 ulasan:

Ms. Kejupenyet berkata...

Glup.. sedapnya tengok apam tue.. menggebu jep...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...